Sehingga 31 Mac 2007, Kategori U8 Pandan Indah mempunyai pelatih seramai 46 orang. 9 latihan mingguan dan 3 latihan tambahan semasa cuti persekolahan telah dijalankan serta satu kejohanan antarabangsa telah disertai. Antara latihan yang telah berjaya dijalankan adalah seperti berikut:
03 Mac 07 : Teknikal : ‘1st Touch’ (penggunaan kaki dalam & luar), lontaran ke dalam
Skil : Kawalan bola dengan menggunakan akal, mata & mulut (3v3)
04 Mac 07 : Teknikal : Jaringan gol (Bahagian kali & kedudukan lutut).
Skil : Kawalan bola dan kekuatan hantaran (2v1)
10 Mac 07 : Teknikal : Hantaran dekat (statik & bergerak), Jaringan gol (zig-zag & melalui kon)
Skil : Mengelecek pertahanan untuk menjaringkan gol
11 Mac 07 : Teknikal : Penggunaan kaki yang betul semasa hantaran dekat & menggelecek.
18 Mac 07 : Teknikal : ‘1st Touch’ (timbang bola guna kaki dalam, luar & peha). Matikan bola guna tapak kaki & kaki tengah), kawalan bola (kaki dalam & luar), hantaran dekat & tendangan tinggi
24 Mac 07 : Teknikal : ‘1st Touch’ (kawalan bola & membuat hantaran) & jaringan gol
25 Mac 07 : Teknikal : ‘1st Touch’ (penggunaan kaki dalam, luar & peha) & jaringan gol (zig-zag)
31 Mac 07 : Teknikal : Hantaran (bergerak untuk meminta bola & menghantar bola), kawalan bola (3 cara kawalan iaitu menghentikan bola, membelok & menarik bola)
Lain-lain
1. 3 latihan tambahan semasa cuti persekolahan (hari Isnin, Rabu & Jumaat) diadakan adalah untuk menyediakan pasukan U8 ke Kejohanan Antarabangsa TM Little League 2007 yang berlangsung dari 17hb hingga 18hb Mac 2007. Pasukan YFA U8 telah berjaya menggondol 2 anugerah iaitu tempat ketiga serta anugerah penjaga gol terbaik yang dimenangi oleh Nishenraj a/l Mohan Raj.
2. Setiap kali sebelum latihan bermula, pemain akan ditanya soalan tentang pemakanan dan kerja sekolah yang telah ditugaskan.
3. Pembahagian pelatih kepada 3 kumpulan iaitu ‘Elite A’, ‘Elite B’ & ‘Beginner’
Peralatan
1. Setakat 31 Mac 07, kategori U8 mempunyai 13 bola Figos (baru), 2 bola lama & 2 bola Adidas untuk pertandingan.
2. Peralatan rosak (4 bola Figos & 1 bola lama)
3. 8 bib hijau
Cadangan
1. Penggunaan tiang gol yang sesuai untuk SSG supaya pemain dapat menyesuaikan diri dalam perlawanan sebenar.
2. Penyediaan kotak pertolongan cemas (First Aid Kit) semasa latihan.