Kategori U8 Pandan Indah mempunyai 40 pelatih yang telah hadir sekurang-kurangnya 1 hari latihan disepanjang bulan Mei 2007. 8 latihan mingguan beserta satu perlawanan persahabatan telah berjaya dijalankan. Antara latihan yang telah berjaya dijalankan adalah seperti berikut:
05 Mei 07 : Teknikal : ‘1st Touch’ (penggunaan bahagian kaki) & ‘1 Touch Passing’ (penggunaan bahagian kaki & kekuatan sentuhan)
06 Mei 07 : Teknikal : Hantaran dekat statik & bergerak (Penggunaan mata sebelum & semasa menendang serta bahagian kaki menendang & tidak menendang)
12 Mei 07 : Teknikal : Hantaran dekat statik & ‘1 Touch Passing’ (Penggunaan mata & mulut untuk memastikan rakan sudah bersedia untuk menerima bola)
19 Mei 07 : Teknikal : ‘2 Touch Scoring’ (Menjaringkan gol dengan 2 sentuhan) & Kawalan bola (Menggunakan kaki dalam untuk menarik bola ke belakang)
Skil : 2 penyerang merebut bola untuk menjaringkan gol menggunakan ‘2 Touch Scoring’ & 1 pemain sayap memecut sambil mengawal bola sambil mengacah pertahanan sebelum membuat hantaran kepada pemain tengah.
26 Mei 07 : Teknikal : ‘1 Touch Passing’ (Secara berpasangan, pelatih berlari sambil mengawal bola dan membuat hantaran mudah kepada rakan & dalam kumpulan bertiga selari, pelatih di tengah mengawal bola dan membuat hantaran kepada pelatih diluar yang akan membalas hantaran menggunakan ‘1 Touch Passing’.
Skil : Pelatih membuat zig-zag sebelum menjaringkan gol. Seorang pertahanan diletakkan untuk menghalang jaringan terus.
27 Mei 07 : Teknikal : ‘1 Touch’ (menerima & membuat hantaran), ‘2 Touch’ (menerima hantaran, tukar haluan & membuat hantaran), ‘3 Touch’ (menerima hantaran dan membawa bola sejauh 20 meter tanpa kehilangan bola) & ‘1 Touch Clear’ (mengeluarkan bola dari permainan)
Cadangan
1. Penyediaan kotak pertolongan cemas (First Aid Kit) semasa latihan.
2. Penggunaan ‘Borang Kaji Selidik Ibubapa’ untuk menilai keberkesanan latihan yang telah diberikan kepada pelatih bagi separuh tahun pertama 2007.
3. Bagi menggalakkan kehadiran, perlu ada insentif seperti pemakaian ‘Captain Armband’ kepada pelatih yang telah berjaya menghadirkan diri disemua latihan yang diadakan pada bulan sebelumnya.
4. Surat makluman kepada ibubapa memaklumkan yang berikut:
a. Masa latihan bermula & masa latihan tamat
b. Kod pakaian latihan hari Sabtu & Ahad (Warna jersi, warna seluar, warna stokin, ‘shinpad’, kasut bola yang sesuai, botol air, selipar dll).
c. Kod pakaian ke persahabatan/pertandingan (Warna jersi, seluar trek, kasut sukan serta beg yang diisi dengan kasut bola, stokin, ‘shinpad’, botol air, selipar dll)
d. Lain lain lagi maklumat yang dirasakan perlu.