Kategori U8 mempunyai pelatih seramai 40 orang. 8 latihan mingguan dan satu perlawanan persahabatan (laporan perlawanan persahabatan ada dilampirkan) telah berjaya dijalankan sepanjang bulan Februari 2007. Antara latihan yang telah berjaya dijalankan adalah seperti berikut:
03 Feb 07 : Acahan badan (1 lwn 1), kawalan bola (Kedudukan badan antara lawan dan bola) & hantaran (buat & terima hantaran kaedah SegiTiga = ST = Δ)
04 Feb 07 : Masa yang sesuai guna 1 ‘touch’, 2 ‘touch’, 3 ‘touch’. Bahagian kaki dan bola yang sesuai untuk hantaran tinggi, jauh dan untuk jaringan gol
10 Feb 07 : Permainan Keretapi (teknik acahan badan, gelecek & mengawal bola). Penerangan tentang posisi sesama bertahan & menyerang
11 Feb 07 : Teknik hantaran dekat & terima bola, teknik tendangan tinggi (Penggunaan mata dan kaki yang sesuai) & teknik lontaran ke dalam.
17 Feb 07 : Permainan Polis & Pencuri (teknik acahan badan, gelecek & kawalan bola). Teknik pertahanan & serangan.
18 Feb 07 : Teknik jaringan gol (larian, kedudukan lutut, bahagian kaki & kedudukan jari kaki). Penerangan tentang posisi semasa bertahan & menyerang.
24 Feb 07 : Teknik hantaran dekat, kawalan bola & terima bola.
25 Feb 07 : Teknik jaringan gol, situasi 1 ‘touch’, 2 ‘touch’ & 3 ‘touch’ untuk mengatasi pertahanan lalu menjaringkan gol.
Lain-lain
1. Setiap kali sebelum latihan bermula, pemain akan ditanya soalan tentang pemakanan dan kerjarumah yang telah ditugaskan.
2. Setiap kali sebelum latihan berakhir, pemain akan berlari mengelilingi padang untuk menguji tahap stamina dan pemberian kerjarumah baru.
3. Penggunaan ‘Captain Armband’ kepada pemain yang menunjukkan kesungguhan semasa latihan dan semasa SSG.
4. Penggunaan ‘Sistem Merit’ untuk menilai prestasi pemain dalam latihan. Sistem Merit ini meliputi Teknik Asas, Teknik Lanjutan, Mental, Fizikal & Emosional. Diberi kepada ibubapa setiap hujung bulan.
Peralatan
1. Setakat 28 Feb 07, kategori U8 mempunyai 12 bola Figos (baru), 3 bola lama & 8 helai bib warna hijau serta 2 bola Adidas untuk pertandingan.
2. Kon yang ada (10 unit) tidak mencukupi untuk tujuan latihan.
Cadangan
1. Penggunaan tiang gol yang sesuai untuk SSG supaya pemain dapat menyesuaikan diri dalam perlawanan sebenar.
2. Penyediaan kotak pertolongan cemas (First Aid Kit) semasa latihan.